Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri maut, suami parah dalam nahas jalanraya

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan.

KENINGAU – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Vigo di Kilometer 5, Jalan Kimanis – Keningau dekat sini pada petang Isnin.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian jam 6.15 petang itu, dikenalpasti sebagai Chin Mui Pu @ Tan Mui Pu, 54, sementara suaminya Clement Ajik, 55, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Keningau.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang Toyota Vigo, Yap Tang Ying, 53 dan Irene Ho Ye Ye, 37, hanya mengalami kecederaan ringan dalam nahas itu.
Semua mangsa cedera dihantar ke Hospital dengan bantuan orang awam.
Ketua Balai Bomba Keningau, Janil Jaya berkata lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat diketuai PBK II, Asip Kaibin bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang.
“Pertembungan kedua-dua kenderaan itu mengakibatkan penumpang kenderaan Proton Wira tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Polis Daerah Keningau yang mengesahkan kejadian berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan