Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isteri maut, suami cedera parah kemalangan jalan raya

5:21pm 02/11/2015 Ann Vivien 1054 views Jenayah,Tempatan

accident

KINABATANGAN: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 14, Jalan Tongod di Telupid pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden A. Sahak Bin Hj Rahmat berkata, mangsa dikenali sebagai Sudiah Binti Utar, 45, maut ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala, manakala suaminya, Titi Bin Aniyang, 50, cedera di bahagian telinga. Seorang lagi penumpang iaitu anak mereka, Tiburtitus Bin Titi, 10, tidak mengalami kecederaan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati Titi selaku pemandu telah memotong kenderaan di hadapan lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri ke bahu kiri jalan. Perodua Viva yang dipandunya telah menjunam ke kawasan curam dan terhenti dalam anak sungai dengan keadaan separuh terbalik.

Ketika kejadian, cuaca adalah mendung dan keadaan jalan raya yang basah. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat manakala suami dan anak mangsa menerima rawatan di Klinik Entilibon, Tongod.

Menurut Superintenden A. Sahak, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AA/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan