Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Isteri Maut, Suami Cedera Dalam Nahas Di Sandakan

6:31pm 22/01/2016 Pak Roshan 12598 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

kemalangan

SANDAKAN : Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas kereta mereka terbabas dan melanggar pokok di Batu 6, Jalan Lintas Utara dekat sini Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata mangsa yang dikenali sebagai Ezafarina Sulaiman, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata suami mangsa yang memandu kereta itu cedera ringan dan ketika kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mereka dalam perjalanan menuju arah Bandar Sandakan.

“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu terbalik beberapa kali sebelum melanggar pokok,” katanya.

Zabidi berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ins Baillye Maidin di talian 089242254.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan