Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri maut dikelar suami selepas bergaduh

bunuhisteri

SIBU 5 Julai – Seorang wanita berusia 52 tahun maut dikelar suami yang muda 30 tahun daripadanya dalam pergaduhan di rumah mereka di Flat Sibu Jaya di sini semalam.

Kejadian menimpa wanita malang itu disedari jirannya setelah terdengar bunyi bising dari rumah pasangan tersebut pada kira-kira pukul 1 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, jiran mangsa berkejar ke rumah tersebut setelah mengesyaki berlaku sesuatu yang tidak diingini, terkejut melihat mangsa berlumuran darah akibat dikelar di leher.

Beliau berkata, suami mangsa berusia 22 tahun melarikan diri ke pusat bandar tetapi sempat dikejar dan ditangkap penduduk tidak lama selepas kejadian.

Pemeriksaan mendapati mangsa yang merupakan seorang surirumah sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih menyiasat punca kejadian tetapi tidak menolak kemungkinan faktor cemburu sebagai motif pembunuhan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini malam tadi.

Menurut Zulkifli, pasangan itu yang berkahwin pada 2012 mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun tetapi kanak-kanak itu tiada di rumah semasa kejadian.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai operator jentera berat di Kapit dekat sini kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan akan direman untuk siasatan lanjut hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat. –

Komen


Berita Berkaitan