Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri Jay Chou berpantang mewah

JAY dan Hannah.
JAY dan Hannah.

Taipei: Bintang pop Taiwan, Jay Chou dilaporkan menyewa tingkat enam hotel yang dikhususkan untuk wanita berpantang selepas bersalin bagi membolehkan isterinya berehat selepas melahirkan anak perempuan mereka, awal bulan ini.

Ma Cherie Postpartum Centre yang mewah dipercayai menjadi tempat Hannah Quinlivin berehat selepas kereta model itu dilihat diparkir di tempat letak kereta bawah tanah bangunan berkenaan.

Seorang wanita mendedahkan diminta berpindah dari biliknya di tingkat enam premis itu atas alasan jabatan bomba mahu melakukan pemeriksaan keselamatan.

Bagaimanapun, Ma Cherie dan syarikat rakaman Chou, JVR Music, menafikan berita itu.

Ma Cherie terletak hanya 10 minit dari kediaman Chou bererti tidak susah untuk penyanyi itu datang melawat.

Kawalan keselamatannya juga ketat termasuk gelang elektronik yang hanya diberi kepada anggota keluarga untuk mengakses bangunan, ruang parkir dan lif.

Bilik VIP dihuni Hannah dilaporkan mempunyai pelbagai ciri mewah termasuk kerusi urut dan mesin pembersih udara selain makanan disediakan enam kali setiap hari.

Jika laporan itu benar, kos keseluruhannya dianggarkan bernilai NT$2.2 juta (RM268,000) untuk sebulan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan