Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri Hanya Tahu Suami Dibakar Hidup-Hidup Melalui FB

suami dibakar

SEDIH…sampaikan rasa macam tak sampai hati kami mahu menulis artikel ini.

Ia berkaitan kisah malang yang menimpa juruterbang Jordan, Moaz Al-Kasasbeh yang telah ditangkap, dikurung kemudian dibakar hidup-hidup oleh militan ISIS baru-baru ini.

Rupa-rupanya isteri Kapten Moaz iaitu Anwar Tarawneh, hanya mengetahui berita tentang suaminya itu melalui Facebook.

Memetik laporan The Independent, pertama kali Tarawneh membaca kisah suaminya adalah menerusi satu status di laman sosial tersebut yang bertajuk Rest In Peace Muath (Rehatlah dengan aman Muath (Moaz).

sad

“Hanya apabila saya melayari Facebook pada telefon, baru saya terbaca mesej itu,” katanya.

Tarawneh mendedahkan, keadaan suaminya kelihatan resah sebelum bertugas pada penerbangan terakhir itu, malahan berharap adanya kabus tebal yang boleh menghalangnya daripada terbang.

Lebih menyedihkan, Tarawneh dan Moaz baharu lima bulan mendirikan rumahtangga sebelum allahyarham ditangkap oleh ISIS.

Kapten Moaz telah menjadi tebusan pengganas tersebut selama lima minggu selepas pesawatnya ditembak jatuh di Raqqa.

sad2

Kedukaan hatinya turut ditenangkan oleh Permaisuri Rania Jordan yang datang bagi melawat keadaan Tarawneh selepas peristiwa menimpa suaminya tersebar.

sad4

DETIK akhir Muath sebelum dia terseksa dibakar militan IS.
DETIK akhir Muath sebelum dia terseksa dibakar militan IS.

Bertabahlah Anwar Tarawneh, apa yang pasti, orang yang dizalimi dengan kejam di dunia amat besar darjatnya disisi Allah SWT. -MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan