Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri dari neraka

GAMBAR menunjukkan detik bahagia ketika perkahwinan Liu dan isterinya. Gambar kecil, Liu.
GAMBAR menunjukkan detik bahagia ketika perkahwinan Liu dan isterinya. Gambar kecil, Liu.

Beijing: Seorang pemuda menggunakan semua wang simpanannya dan terpaksa pula berhutang semata-mata mahu berkahwin dengan gadis yang dicintainya.

Namun, kebahagiaan yang diimpikan pemuda itu tidak bertahan lama apabila dia ditinggalkan isterinya tiga hari selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Liu yang tinggal di sebuah kampung di wilayah Shanxi berkata, dia berkenalan dengan isterinya yang berasal dari kampung berhampiran selepas bertemu dalam satu majlis mencari jodoh pada Februari 2013.

 Tidak lama selepas pertemuan itu, pasangan berkenaan bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

Liu yang bekerja sebagai tukang masak memberitahu, perkahwinannya menelan belanja besar tetapi dia tetap bersetuju kerana sangat sayangkan kekasihnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan