Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri dalam beg

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Warsaw : Seorang lelaki Perancis cuba menyeludup isterinya warga Russia ke Kesatuan Eropah (EU) dengan menyembunyikan wanita itu dalam sebuah beg besar tanpa mengetahui dia tidak perlu berbuat demikian untuk memasuki negara kesatuan berkenaan.

Pengawal sempadan Poland menahan lelaki itu yang menurut pihak berkuasa berusia 60-an di stesen kereta api Terespoli, bandar yang bersempadan dengan Belarus, Jumaat lalu.

Saiz beg itu menarik perhatian pegawai, menurut jurucakap pengawal sempadan Dariusz Sienicki.

“Pengawal kami terkejut melihat wanita dalam usia 30-an berada dalam beg itu. Dia wanita Russia, isteri pemilik beg berkenaan.

“Mujur dia tidak mati. Keadaannya baik dan tidak perlu dibawa ke hospital,” kata Sienicki.

Pasangan berkenaan yang menaiki kereta api dari Moscow ke Nice di Perancis, dibebaskan selepas disoal siasat dan mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Belarus.

Kedua-duanya tidak tahu bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk memasuki Kesatuan Eropah.

Isteri atau suami yang bukan warga EU dibenarkan memasuki negara kesatuan itu jika mereka dapat membuktikan mempunyai hubungan perkahwinan.

Pasangan itu sebaliknya berisiko dipenjara tiga tahun atas tuduhan cuba menyeludup masuk ke Poland.

“Ini kali pertama saya melihat kejadian seperti ini.

“Mulanya kami menyangka wanita itu mangsa penyeludupan manusia,” kata Sienicki. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan