Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Isteri, anak perempuan ketua tentera Hamas terbunuh dalam serangan Israel

pejuang hamas

BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel ke atas Gaza mengorbankan isteri dan anak perempuan kepada ketua tentera Hamas, Mohammed Deif, demikian menurut kumpulan pejuang Islam itu, awal hari ini.

“Isteri kepada pemimpin yang hebat, terkorban bersama anak perempuannya dalam serangan malam tadi,” demikian menurut timbalan ketua pemimpin Hamas, Mussa Abu Marzuk, dalam posting di Facebook tanpa menyebut apa yang berlaku ke atas Daef dalam serangan itu.

Mussa berkata, Israel terus memberi alasan kononnya serangan itu sebenarnya bukan menyasarkan pemimpin utama Hamas.

Perkhidmatan Kecemasan Palestin sebelum ini menyatakan tiga terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah rumah besar di Bandar Sheikh Radwan dengan mangsa adalah seorang wanita dan budak perempuan berusia dua tahun manakala 45 lagi cedera.

Kematian itu adalah yang pertama apabila Israel melancarkan serangan udara di Gaza sejak 10 Ogos lalu.

Pertelingkahan antara Israel dan Hamas kini mengorbankan sekurang-kurangnya 2,020 rakyat Palestin manakala 67 di pihak Israel sejak serangan pertama 8 Julai.

Deif dilantik mengetuai sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam pada 2002 selepas kematian penyandangnya, Salah Shehade dalam satu serangan.

Deif dilaporkan terselamat daripada sekurang-kurangnya lima percubaan Israel untuk membunuhnya. – AFP

Komen


Berita Berkaitan