Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Israel semakin menggila

israeljahanam

Israel menggerakkan tentera daratnya untuk seketika ke dalam kawasan Semenanjung Gaza semalam, pencerobohan darat pertama di kawasan berkenaan pada malam keganasan terburuk sejak pengeboman ke atas wilayah Palestin, bermula Selasa lalu.

Pejuang Hamas mempertahankan kawasan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya empat anggota tentera darat Israel cedera dalam pertempuran. Operasidilancarkan pasukan khas Israel itu tidak kelihatan seperti serangan darat besar-besaran. Tentera itu kemudian kembali ke wilayah Israel.

Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassa, mengesahkan kejadian berbalas tembakan antara pejuang dan tentera rejim Zionis yang cuba memasuki zon Sudaniya di barat laut Gaza.

Serangan awal pagi itu menyusul pengeboman yang dilancarkan Israel pada waktu malam sejak memulakan kempen ketenteraan selasa lalu. Seramai 56 penduduk Palestin terbunuh malam kelmarin, menjadikan angka korban meningkat kepada 166 dalam enam hari serangan.

Lapan belas orang, kebanyakannya daripada satu keluarga, maut dalam serangan paling dahsyat apabila tentera rejim mensasarkan rumah ketua polis Gaza, Tayseer al-Batsh di daerah Toufah di Bandaraya Gaza. Batsh ialah antara yang cedera, kata pegawai Palestin.

Israel mendakwa pengeboman bertujuan menghentikan bedilan roket pejuang Palestin ke bandar Israel. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin berkata tiga perempat daripada mangsa yang terkorban dalam serangan Israel ialah penduduk awam Palestin. Kedua-dua pihak menolak cadangan gencatan senjata, ketika dunia merayu Israel dan Hamas menamatkan permusuhan.

Komen


Berita Berkaitan