Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ismail Sabri Mahu Sistem Penyampaian KKLW Terus Dipertingkat

5:30pm 29/02/2016 Pak Roshan 10 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

ismail sabri

KOTA KINABALU – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agensi di bawah kementerian untuk terus berusaha meningkatkan sistem penyampaian bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan terbaik.

Katanya, pemberian peruntukan besar untuk pembangunan seperti diumum dalam Bajet 2016 kepada KKLW tidak akan memberi sebarang makna sekiranya harapan rakyat tidak dipenuhi disebabkan kegagalan sistem penyampaian.

“Daripada RM5.4 bilion yang diperuntukan untuk pembangunan (kepada KKLW), RM1.56 bilion adalah untuk Sabah.

“Apabila diumumkan bajet yang begitu besar untuk Sabah…ia merupakan berita gembira kepada rakyat akar umbi, tetapi jika pelaksanaannya tidak sempurna, ia akan mengecewakan (mereka),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) kepada 233 pegawai dan kakitangan agensi di bawah KKLW peringkat Sabah dan Labuan di sini hari ini.

Sebanyak 2,976 kakitangan KKLW seluruh negara menerima APC di seluruh negara, tahun ini.

Mengenai, pemantuan kualiti pelaksanaan projek kecil di bawah KKLW seperti Program Bantuan Rumah (PBR), Ismail Sabri berkata ia dilaksanakan sendiri oleh pegawai KKLW.

Kebiasaannya, menurut Ismail Sabri pemantauan akan dilakukan dari peringkat awal pelaksanaan projek dan segala permasalahan termasuk pematuhan spesifikasi akan dapat dikesan lebih awal seterusnya diperbaiki.

Bagaimanapun katanya, untuk projek besar seperti jalan raya, ia dipantau mereka yang profesional termasuk jurutera bertauliah bagi memastikan setiap spesifikasi projek dipatuhi sepenuhnya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan