Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Islam itu indah, bukannya pengganas atau fanatik

Jainab bergambar bersama para peserta Seminar.
Jainab bergambar bersama para peserta Seminar.

KOTA KINABALU: Islam itu agama yang indah dan bukannya pengganas atau fahaman fanatik mahupun pandangan yang terlalu bersifat liberal.

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid, ketika berucap merasmikan Seminar Hak-hak Wanita Menurut Perspektif Islam yang diadakan di Auditorium Sabah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pagi tadi.

“Program seperti ini adalah penting bagi sesebuah institusi kekeluargaan kerana nilai-nilai murni keagamaan akan dapat diterapkan dalam diri kita dan diaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari,”katanya.

Jainab juga menyeru ibu bapa  agar tidak terlalu sibuk dengan alam pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan sentiasa mengawal emosi jika berlaku konflik antara suami dan isteri.

“Kita harus mengelakkan perbuatan apabila marah, isteri dipukul atau apabila terjadinya konflik suami dipukul,” katanya.

Tambah beliau, ajaran agama harus sentiasa berada di kedudukan yang tertinggi sebagai panduan untuk memimpin keluarga sejajar dengan ajaran islam.

Sebanyak tiga slot dengan tajuk yang berbeza akan dibentangkan ketika seminar itu iaitu, Peranan dan Hak-hak Wanita Menurut Perspektif Islam yang disampaikan oleh Dr. Hjh. Suhaila Hj. Abdul Rahim, Wanita dan Isu Mahkamah Syariah yang disampaikan oleh Puan Noor Azah Abd. Rahman dan Pemerkasaan Wanita Masa Kini yang akan disampaikan oleh Puan Hjh. Faridah Datuk Hj. Abu Bakar Titingan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan