Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ISIS tidak bawa keadilan kepada Islam – PM

najib

PUTRAJAYA: Malaysia berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa dalam menentang

pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kerana ia tidak membawa keadilan

kepada Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Malaysia bimbang dengan konflik di Iraq dan

Syria selain pembabitan aktiviti militan yang menghakis kestabilan di negara-negara berkenaan.

Beliau berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memerangi

pertubuhan militan dan pengaruhnya.

“Kami akan bekerjasama dengan masyarakat besar lain kerana ISIS tidak mewakili Islam. ISIS

adalah tidak sepadan. Ia tidak membawa keadilan kepada Islam,” katanya dalam sidang media

bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Abbott dalam rangka lawatan kerja sehari ke Malaysia untuk membincangkan isu dua hala

termasuk soal kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan nahas pesawat MH17, selain

berkaitan perdagangan.

Dalam menyokong pendirian Malaysia itu, Abbott memuji kenyataan Najib kerana menurutnya

ISIS bukan sahaja mendatangkan ancaman kepada rakyat Iraq dan Syria tetapi rakyat dunia.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib kerana pendirian teguh

beliau (menentang ISIS) seperti yang beliau nyatakan bahawa ISIS menentang Tuhan, menetang

Islam dan masyarakat keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat global perlu menangani pertubuhan itu di setiap peringkat bagi

menghapuskan pengaruhnya sebagai ‘kumpulan maut’.

Putrajaya menganggap ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak merestui sebarang

aktivitinya, kata Wisma Putra minggu lalu.

Antara Januari dan Jun tahun ini, polis Malaysia menahan 19 orang termasuk dua wanita kerana

terbabit dalam aktiviti militan yang boleh dikaitkan dengan ISIS.

Pihak polis turut mendedahkan sekurang-kurangnya 50 rakyat Malaysia dipercayai sedang berada

di Syria berperang bersama pasukan ISIS.

Baru-baru ini, Abbott mengumumkan Australia memerangi ISIS selepas keluar laporan bahawa

rakyat Australia turut menjadi anggota jihad dan berperang di Iraq dan Syria. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan