Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IS secara rasmi mengaku serang Jakarta

12:51am 15/01/2016 Pak Roshan 3023 views Isu Semasa,Mutakhir
SEKUMPULAN polis Indonesia bersenjata mengawal dan memerhati keadaan sekitar kawasan letupan bom di Jakarta, semalam dengan beberapa mayat atau mangsa cedera bergelimpangan. - Foto Reuters

SEKUMPULAN polis Indonesia bersenjata mengawal dan memerhati keadaan sekitar kawasan letupan bom di Jakarta, semalam dengan beberapa mayat atau mangsa cedera bergelimpangan. – Foto Reuters

KAHERAH: Militan IS secara rasmi mengaku bertanggungjawab atas serangan di Jakarta awal hari ini yang mengorbankan tujuh orang, lima daripadanya penyerang.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata: “Sekumpulan tentera khalifah di Indonesia menyasarkan pakatan tentera salib yang memerangi IS di Jakarta, meletakkan beberapa peranti letupan yang meletup ketika empat tentera (IS) menyerang menggunakan senjata ringan dan tali pinggang bom.”

Kenyataan IS itu menyebut 15 orang maut dalam kejadian itu, namun kiraan rasmi dikeluarkan kerajaan Indonesia adalah tujuh. Satu agensi berita sekutu IS terdahulu melaporkan kumpulan militan itu bertanggungjawab atas serangan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, dakwaan serangan itu turut dikongsi dalam laman Twitter militan hari ini. Kumpulan Perisikan berpusat di Amerika Syarikat, SITE berkata ia juga diedarkan di kalangan kumpulan pro-IS dalam aplikasi mesej Telegram.

Mesej itu berkata, penyerang menjalankan serangan di Jakarta dan meletakkan beberapa bom dengan peranti masa.

Ia bagaimanapun berbeza dengan kenyataan polis Indonesia dan jumlah penyerang, mengatakan mereka berempat memakai tali pinggang bom dan membawa senjata ringan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan The Associated Press walaupun ia menyamai dakwaan terdahulu dibuat kumpulan militan itu yang kini menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria. – Reuters/AP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan