Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,811

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IS keluarkan ribuan tweet sehari untuk merekrut ahli baru

4:59pm 18/01/2016 Leolerry Lajius 118 views Jenayah,Tempatan
Dato Shah ketika menyampaikan ceramah pada program tersebut.

Datuk Shah ketika menyampaikan ceramah pada program tersebut.

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan pengganas yang menggunakan media sosial untuk merekrut pengikut mereka.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Datuk Shah Gzali Khan Shahadad, kumpulan pengganas Negara Islam (IS) menyebarkan dakyah songsang mereka melalui media sosial untuk mempengaruhi masyarakat agar menyertai kumpulan mereka.

“Kumpulan ini mengeluarkan sehingga mencapai beribu-ribu tweet dalam sehari untuk merekrut ahli baru, dan saya harap agar pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan dakyah songsang mereka ini,”katanya.

Beliau juga menyeru agar ibu bapa memantau anak-anak mereka terutama sekali ketika menggunakan internet bagi mengelakkan mereka mengakses perkara yang tidak diingini.

“Orang ramai juga dialu-alukan untuk memaklumkan sebarang maklumat kepada pihak polis jika melihat kejadian yang diragui agar masalah ini ini dapat ditangani,”katanya.

Beliau berkata demikian, dalam sidang media selepas program Ceramah Cermin Diri kepada pegawai dan Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu petang tadi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan