Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ireland juara SIFF kali ke-11

2:55pm 01/08/2016 Leolerry Lajius 35 views Tempatan
Antara peserta yang mewakili Ireland.-Gambar Oleh Alex Mairin

Antara peserta yang mewakili Ireland.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Ireland muncul juara keseluruhan sempena Sabah International Folklore Festival kali ke-11 bertemakan ‘Pahlawan’ yang dipertontonkan dalam bentuk tarian, muzik, pakaian,  dan nyanyian.

Ireland turut membawa pulang anugerah ‘Best Performance Award’ dan ‘Best female dancer award’ yang dipegang oleh Mandy Stevenson manakala bagi kategori lelaki pula disandang oleh Mckelaar Stephen Andrew penari dari Australia.

Tun Juhar menyampaikan anugerah kepada peserta dari Ireland.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tun Juhar menyampaikan anugerah kepada peserta dari Ireland.-Gambar Oleh Alex Mairin

Anugerah ‘Chief minister award’, ‘Best choreography award’, ‘Highest online presence award’ disandang oleh Philippines serta turut memenangi ‘Best promising male dancer award’ yang dipegang oleh Chumacera Marco Paolo Elardo manakala bagi kategori wanita pula disandang oleh Ryu Mira, penari dari Korea.

Peserta dari Indonesia.-Gambar Oleh Alex Mairin

Peserta dari Indonesia.-Gambar Oleh Alex Mairin

Sementara itu, Indonesia pula merangkul anugerah ‘Cultural ministers award’ serta ‘Best music arrangement award’.

‘Sabah cultural board award’ disandang oleh Malaysia dan ‘Most popular group award’ pula disandang oleh Republic Sakha Yakutia, Russia.

Korea, Sri Lanka, Estonia dan India turut diberi penghargaan atas penyertaan sempena festival ini.

Peserta dari Philippines.-Gambar Oleh Alex Mairin

Peserta dari Philippines.-Gambar Oleh Alex Mairin

Program bertaraf antarabangsa kali ke-11  yang disertai oleh 11 buah negara itu, dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ini bertujuan untuk mempromosikan pelancongan berasaskan kebudayaan.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Mahiruddin.-/SayangSabah

Tun Juhar (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai festival berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tun Juhar (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai festival berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan