SIAPA sangka, meskipun negaranya sedang bergolak, Iraq dikhabarkan akan melaksanakan satu projek mega bagi membina bangunan setinggi 152 Meter 241 tingkat yang diberikan gelaran “The Bride”.
Sekaligus menjadikan The Bride sebagai bangunan tertinggi di dunia mengalahkan Jeddah Tower dan Burj Khalifa.
Bangunan ini dilengkapi pembangunan dari segi hotel, pejabat, residence, komplek membeli-belah, taman, dan juga rangkaian keretaapi.
Salah satu ciri menarik bangunan ini adalah “The Veil”, (tudung pengantin) iaitu ruang kanopi kaca yang akan menaung di setiap menara, sama seperti ciri-ciri seorang pengantin perempuan yang memakai tudung perkahwinan.
Basra merupakan kawasan mewah yang terletak di sebelah selatan Iraq dan menjadi pusat perniagaan yang berkembang pesat.
Malah mereka mengambarkan bangunan itu sebagai Bandar Menegak Yang Pertama Di Dunia.
Struktur bangunan ini akan dibina dengan mengabungkan empat menara bagi menjadikan struktur The Bride lebih stabil.
Menara pertama adalah struktur binaan paling tinggi diantara keempat-empat menara yang letaknya disebelah selatan.-MYNEWSHUB.CC