Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Iran tuduh Saudi serang kedutaan di Yaman

PENYOKONG Houthi menunjuk perasaan membantah tindakan Arab Saudi memancung ulama Syiah Nimr al-Nimr ketika mengadakan demonstrasi di luar kedutaan Saudi di Sanaa, Yaman, semalam.
PENYOKONG Houthi menunjuk perasaan membantah tindakan Arab Saudi memancung ulama Syiah Nimr al-Nimr ketika mengadakan demonstrasi di luar kedutaan Saudi di Sanaa, Yaman, semalam.

Teheran: Iran semalam menuduh gabungan tentera diketuai Arab Saudi yang menyerang pemberontak Syiah di Yaman membedil kedutaannya dalam serangan malam sebelumnya, namun bangunan itu tidak menunjukkan sebarang kerosakan.

Tuduhan itu dibuat ketika hubungan Teheran dan Riyadh semakin tegang sejak kebelakangan ini susulan pelaksanaan hukuman mati terhadap ulama Syiah Nimr al-Nimr dan serangan terhadap misi diplomatik Arab Saudi di Iran.

Penganalisis bimbang ia mampu mencetuskan perang proksi antara dua kuasa besar itu di Yaman serta Syria.

Agensi berita rasmi Iran semalam memetik jurucakap kementerian luarnya sebagai berkata, serangan udara diketuai Arab Saudi membedil kedutaannya di Sanaa.

Bagaimanapun, pemeriksaan wartawan AP di Sanaa tidak melihat sebarang kerosakan terhadap bangunan berkenaan.

Lewat Ahad lalu, Arab Saudi mengumumkan memutuskan hubungan dengan Iran disebabkan serangan di kedutaannya. Kelmarin, diplomat Iran di Arab Saudi pulang ke Teheran, lapor media kerajaan.

Sejak Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Iran, beberapa sekutunya turut mengambil tindakan sama.

Sementara itu, semalam, Teheran menghentikan pengimportan barangan dari Arab Saudi, menurut laporan televisyen kebangsaan Iran.

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat tergempar Kabinet oleh Presiden Hassan Rouhani.

Sementara itu, di timur Arab Saudi adik Nimr, Mohammed berkata, majlis pengebumian akan diadakan untuknya walaupun pihak berkuasa sudah menyemadikan jenazahnya di lokasi yang tidak diketahui. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan