Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

IPG Keningau nafi sedia kursus Ijazah Bahasa Kadazandusun

KENINGAU: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah Bahasa Kadazan Dusun (KPLI BKD) seperti yang dilaporkan dalam laman sosial internet baru-baru ini
Pengarahnya Rujinah Miki berkata, kenyataan berkenaan adalah palsu dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai laporan tersebut.
Katanya, kesan daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu telah mengakibatkan orang ramai tertipu dan memohon borang daripada IPG Kampus Keningau.
“Sekiranya ada kursus berkaitan yang ditawarkan pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya untuk mengeluarkan kenyataan sebelum mendapat arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia KPM,” katanya kepada media di sini kelmarin.
Sehubungan itu, Rujinah menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana kenyataan palsu sebelum mendapat kesahihan daripada pihak berkaitan.
Jelasnya, beliau juga kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana ia bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi memberi kesan negatif kepada IPG Kampus Keningau. – oleh Kalawon Sawing / sayangsabah

IMG_20150115_220855

Komen


Berita Berkaitan