Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IPG Kampus Gaya, Kampus Keningau dikekalkan- Masidi

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri memutuskan mengekalkan kedua- dua Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan Kampus Keningau sebagai institusi pendidikan guru di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata keputusan bagi mengekalkan kedua- dua institusi itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Kabinet Negeri pada 2 November lalu.

” Kementerian saya telah menyediakan Kertas Kabinet mengenai peranan kedua- dua institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan Kampus Keningau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Dalam masa sama, Masidi turut menjelaskan beberapa perkara yang berbangkit mengenai pendidikan di negeri ini.

Diantaranya, yuran pendaftaran persekolahan yang dibangkitkan ADUN Klias dan isu Sijil Layak Menduduki (O.C) oleh ADUN Pantai Manis.

” Saya ingin memaklumkan, Jabatan Pendidikan Sabah selaku ‘Client Department’ meneliti isu Sijil Layak Menduduki atau Occupant Certificate (O.C) dan kerosakan ke atas bangunan SMK Pengalat,” katanya

Tambahnya, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2011 telah memansuhkan yuran pendaftaran persekolahan. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan