Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IPG inisiatif bantu pekebun kecil getah

4:59pm 26/11/2015 Leolerry Lajius 27 views Tempatan

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk menambah pendapatan para pekebun kecil getah berkuatkuasa sejak 1 September lalu.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, IPG akan dibayar sekiranya purata bulanan harga getah SMR 20 di pasaran dunia jatuh dibawah RM5.20/Kg atau purata bulanan harga di ladang bagi getah kentalan gred 2 iaitu 50 peratus isi kandungan getah kering jatuh di bawah RM2.00/Kg.

“IPG ini akan dibayar kepada semua pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pada setiap bulan berikutnya setelah mengambil kira perbezaan harganya,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri(DUN) di sini, hari ini (Khamis).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Limus Bin Jury (BN-Kuala Penyu) yang ingin mengetahui apakah tindakan segera yang lebih komprehensif oleh pihak kerajaan bagi membela nasib para penoreh getah yang sangat terjejas akibat penurunan harga komoditi tersebut.

Tambah beliau LIGS akan mengumumkan kadar IPG pada setiap minggu pertama jika penjualan getah pada bulan sebelumnya layak menerima IPG.

Syarat-syarat untuk pekebun kecil mendapatkan bayaran IPG adalah individu itu haruslah warganegara Malaysia, berdaftar dengan LIGS sebagai pemilik tanah atau penoreh, memiliki kebun getah dengan keluasan tidak melebihi 100 ekar dan menjual hasil getah kepada LIGS.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Datuk-Seri-Yahya-Hussin1

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan