Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IPD Tawau Terima 11 Kereta Peronda Baharu

8:05pm 22/12/2015 Pak Roshan 593 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

kereta-polis-hijau

TAWAU : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau hari ini menerima 11 kereta peronda baharu jenis Proton Inspira sebagai tambahan kepada 34 unit sedia ada bagi kegunaan Unit Kereta Peronda (MPV).

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kenderaan itu akan digunakan di seluruh daerah berkenaan merangkumi Maliau Basin hingga ke Kalumpang, yang dijangka memberi semangat kepada anggota MPV menjalankan tugas
lebih komited.

Dalam pada itu, Fadil berharap unit MPV yang bertindak sebagai barisan hadapan perlu memainkan peranan ke arah menjayakan objektif penugasan ditetapkan dan bukan hanya mengadakan program perjumpaan semata-mata.

“Unit MPV perlu lebih berkesan selain bertindak menahan mereka yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan jenayah dengan meningkatkan operasi bagi mengurangkan kadar jenayah.

“Ia juga selaras dengan usaha menjadikan Tawau aman dan sejahtera,” katanya pada program penyerahan kereta peronda itu di sini.

Dalam program berasingan, Fadil mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pemerintah KD Sri Tawau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Phua Swee Chyi.

Pada majlis diadakan di pejabat Ketua Polis Daerah itu, Fadil memberi penerangan berkaitan struktur organisasi IPD Tawau dan hala tuju serta strategi mengurangkan kadar jenayah menerusi pelbagai program.

Perbincangan berkaitan strategi bersama antara polis dan TLDM itu adalah bagi mencegah jenayah di daerah berkenaan untuk memastikan keselamatan terus terjamin, katanya.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan