Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IPD Tawau lawat 55 sekolah hari pertama persekolahan

9:51pm 06/01/2016 Ann Vivien 24 views Isu Semasa,Tempatan
ANGGOTA POLIS bertugas sedang mengawal lalu lintas di sekolah pada sesi pertama persekolahan tahun 2016.

ANGGOTA POLIS bertugas sedang mengawal lalu lintas di sekolah pada sesi pertama persekolahan tahun 2016.

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, pihaknya melawat sebanyak 55 buah sekolah termasuk sekolah menengah, rendah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di daerah ini pada hari pertama persekolahan (Back to School), kelmarin.

Menurutnya, program tersebut yang melibatkan lawatan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan kawalan lalu lintas oleh trafik, kereta peronda MPV dan Unit Ronda Bermotosikal (URB) yang bermula seawal jam 6 pagi sehingga 1.30 petang, akan dilanjutkan sehingga Rabu ini (6 Januari).

Fadil berkata, secara keseluruhannya hari pertama sesi persekolahan di daerah ini berjalan lancar dan teratur, hasil pemantauan dan kawalan yang dilakukan pihaknya.

“Kesemua PPS membuat lawatan ke sekolah masing-masing  sebagaimana diarahkan dan mereka turut menerima respon positif daripada guru-guru, ibu bapa dan masyarakat, khususnya aspek peningkatan kawalan yang dilakukan,” katanya.

Tambahnya, tujuan program itu antara lain adalah untuk menjalin kerjasama dan hubungan rapat di antara PDRM, pihak sekolah dan ibubapa dan juga sebagai satu platform selaras slogan ‘Polis dan masyarakat ke arah Tawau sejahtera’.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan