Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IPD Sandakan Terima Sembilan Kereta Peronda Baharu, Tingkat Kecekapan Cegah Jenayah

2:28pm 08/01/2016 Pak Roshan 69 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

kereta-polis-hijau

SANDAKAN : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan hari ini menerima sembilan kereta peronda baharu jenis Proton Inspira menggantikan kereta peronda sedia ada iaitu jenis Proton Waja dan Wira yang berusia hampir 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata penggantian secara berperingkat itu membantu meningkatkan kecekapan pihaknya mencegah jenayah di sekitar daerah itu.

“Ini merupakan satu pemangkin dan memberi nilai tambah yang baik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memantapkan sistem rondaan pencegahan jenayah secara menyeluruh di daerah Sandakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zabidi berkata unit kereta peronda baharu itu dilengkapi dengan sistem lampu amaran jenis pencahayaan yang terang dan boleh dilihat dari jarak jauh.

Katanya kereta peronda itu turut dilengkapi dengan sistem siren bersepadu, sistem radio dan mempunyai keupayaan memecut yang tinggi semasa insiden mengejar penjenayah.

“Penerimaan unit kereta peronda baharu ini merupakan usaha sama PDRM bersama Proton Holdings Berhad dan Spanco Sdn Bhd,” katanya.

PDRM menerima 1,200 kereta peronda baharu jenis Proton Inspira secara berperingkat bermula hujung tahun lepas.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan