Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IPD kunjung Atlet Paralimpik Negara

5:35pm 03/01/2016 Ann Vivien 65 views Berita Pilihan,Jenayah,Tempatan
Douglas menyampaikan sumbangan kepada Felicia.

Douglas menyampaikan sumbangan kepada Felicia.

KENINGAU : Atlet Paralimpik Negara Felicia Mikat yang memenangi tiga pingat emas Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura hujung tahun lepas mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk jabatan, agensi kerajaan dan persatuan.

Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Keningau turut tidak ketinggalan berkunjung di rumah keluarga atlet itu di Kampung Kipaku Tambunan dan menyampaikan sumbangan peribadi Ketua Polis Daerah berbentuk hamper dan kewangan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2016.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, kunjungan dan penyampaian sumbangan itu sebagai satu sokongan moral dan motivasi serta suntikan semangat kepada Felicia agar terus cemerlang pada masa akan datang.

Katanya, ia juga memberi keyakinan kepada masyarakat tentang keprihatinan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) IPD Keningau terhadap masyarakat setempat.

“PDRM khususnya di IPD Keningau bukan sahaja memberi penekanan kepada pencegahan jenayah tetapi turut mendekati masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan” katanya kepada media selepas membuat kunjungan kepada keluarga atlet paralimpik itu. Douglas berkata, selain menyampaikan sumbangan, rombongan beliau turut beramah mesra dengan ahli¬† keluarga Felicia dan memberi kata-kata semangat motivasi dan nasihat kepada ahli keluarga.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan