Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

INVADER TERBABAS REMPUH RUMAH DI KOKOL

Keadaan kenderaan Isuzu Invader tersebut selepas terbabas dari jalanraya. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Sebuah kereta pacuan empat roda terbabas dengan sendiri di Jalan Bukit Kokol petang tadi.

Ketika kejadian, kenderaan jenis Isuzu Invader berkenaan terbabas lalu merempuh bucu sebuah rumah berdekatan.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11 Jamika Ismail berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menerima panggilan kecemasa itu pada jam 6.16 petang.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, BBP Lintas menggegaskan enam anggotanya ke lokasi.

“Laporan awal, dalam memalangan itu, terdapat tujuh orang mangsa terlibat iaitu tiga orang dewasa dan empat orang kanak-kanak.

“Kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi ditamatkan pada jam 7.24 petang tadi. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan