Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Inul: Kami cuma ketawa

titin

Jakarta: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista, 36, tidak menganggap pengakuan yang dibuat Titin Karisma sebagai sesuatu yang serius.

Titin dikatakan mempunyai anak berusia 5 tahun hasil hubungan sulit bersama suami penyanyi dangdut itu, Adam Suseno.

Inul bagaimanapun, merancang untuk memfailkan aduan terhadap Titin dan mengatakan bahawa anak itu bukan hasil hubungan sulit dengan suaminya.

Menurut Inul ketika dihubungi, “Dia dari dulu memang sudah bermasalah, malah kes mengenai anaknya yang terdahulu sudah sampai ke pengadilan.

“Saya dan suami tidak terkejut, kami hanya ketawa kerana Adam tidak pernah mengenalinya. Saya bahkan tidak terganggu dengan berita ini.”

Titin yang juga penyanyi dangdut sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa dia ialah wanita simpanan suami kepada Inul.

Katanya mereka berkenalan ketika menghadiri sebuah majlis dan dikenalkan oleh seorang rakan. Dari situ hubungan mereka semakin rapat dan turut mengatakan bahawa hubungan intim itu adalah atas dasar cinta.

Komen


Berita Berkaitan