Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Intip telefon pasangan ‘satu jenayah’

Kena fikir sebelum mengintip telefon pasangan masing-masing. – FOTO fail REUTERS

 

Riyadh: Pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan masing-masing kerana ia kini dianggap sebagai satu perbuatan jenayah.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Penerangan Arab Saudi menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun.

Peraturan itu sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa, minggu lalu.

Kementerian berkata, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka.

Langkah dibuat ketika berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan