Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

INSURANS PENUMPANG BOT ANTARA LABUAN-TANAH BESAR SABAH DITANGGUH

bot laju

LABUAN, 14 Jan  : Keperluan insurans ke atas penumpang bot yang berulang-alik antara Labuan dan tanah besar Sabah yang sepatutnya bermula bulan ini ditangguh ke bulan depan berikutan beberapa isu yang belum dapat diselesaikan syarikat insurans berkaitan.

Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Labuan, Kapten Abel Ongkunik berkata ia dijangka berkuat kuasa selepas semua keperluan termasuk aspek keselamatan dipenuhi.

Beliau berkata perkara itu telah dijelaskan kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri.

Sesetengah bot didapati belum mematuhi standard keselamatan yang menyebabkan pelaksanaan insurans ditangguhkan, katanya.

Abel berkata dengan pelaksanaan insurans libialiti itu, tambng bot akan naik sedikit antara kadar 60 sen hingga RM1 bagi seorang penumpang sebagai tambahan kepada tambang semasa RM7.50 bagi perjalanan sehala.

Tambang sebelum subsidi kerajaan bagi pengakutan air ialah RM15 bagi satu perjalanan.

Beliau berkata pihaknya berharap kenaikan 50 sen tambang akan diputuskan sebelum pelaksanaan insurans dibuat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan