Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Institut Pertanian Sabah mempunyai purata kebolehpasaran yang tinggi-Musbah

KOTA KINABALU: Sebagai Institusi pertanian di bawah kementerian yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian, graduan Institut Pertanian Sabah mempunyai purata kebolehpasaran pada tahap 70 peratus ke atas.

Menurut Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Musbah Jamli, pada tahun ini seramai 120 orang pelajar sesi 2015/201 (Kumpulan ke 20) akan menamatkan pengajian dan menerima sijil pertanian dan daripada jumlah berkenaan 66 peratus telah ditawarkan pekerjaan, 18 peratus telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan 16 peratus lagi dijangka melaksanakan bidang usaha sendiri.

“Selain daripada Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian juga mengendalikan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu yang telah melatih seramai 527 orang pelajar dan mengeluarkan seramai 489 graduan.”

“Berdasarkan rekod pengeluaran graduan AVTC, seramai 323 orang bersamaan 66 peratus graduan telah ditawarkan pekerjaan di pelbagai sektor,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Sugut Datuk James Ratib ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 DUN Sabah yang ke-14, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai kurikulum di kolej atau institusi pertanian ini, beliau berkata ia sentiasa ditambah baik agar relevan dan memenuhi keperluan teknologi pertanian semasa dan akan datang.

“Program Sijil Pertanian yang dilaksanakan di institusi ini menggunapakai kurikulum yang seragam dengan Institusi Pertanian Malaysia.”

“Program Sijil Pertanian juga merupakan, program peringkat sijil yang menjalankan latihan secara kolektif merangkumi kesemua aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang perlu dipelajari bagi menyediakan modal insan yang inovatif, produktif dan berdaya saing,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan