Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Institusi Waqaf Negeri sedia beri kerjasama dalam pembangunan pendidikan

12:29pm 24/11/2016 Leolerry Lajius 5 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Institusi Waqaf Negeri Sabah bersedia untuk  memberikan kerjasama pembangunan pendidikan  Yayasan Pendidikan Islam di negeri ini.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ariffin Mohd Arif berkata, pendidikan merupakan salah satu tunjang kepada Institusi Waqaf dan sedia untuk membangunkan pendidikan untuk kebaikan bersama.

“Kita akan membina satu enakmen atau panduan berhubung panduan lengkap tatacara mengenai pengurusan Waqaf ini khasnya berhubung dengan dana pendidikan,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa Majlis Ugama Islam Sabah yang merupakan pemegang amanah tunggal semua perkara mengenai waqaf di negeri ini bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah juga sedang membuat kajian dan perbincangan dengan beberapa universiti untuk membincangkan kaedah skim waqaf tunai.

“Kita akan terus memberikan focus kepada pembangunan pendidikan melalui waqaf di negeri ini,”katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Bongawan Datuk Mohamad Bin Hj. Alamin yang bertanya samaada waqaf bersetuju untuk membangunkan Yayasan Pendidikan Islam ketika Persidangan DUN mesyuarat ketiga penggal keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bongawan yang bertanya mengenai sejauhmanakah institusi waqaf ini menyumbang pembangunan sosio-ekonomi serta kemaslahatan masyarakat dan apakah statistik terkini mengenai kedudukan waqaf serta bagaimanakah urus tadbir institusi ini dijalankan di negeri ini.

Beliau menyatakan bahawa, pembinaan Masjid Bandar dan Masjid Raya Tawau yang dibangunkan pada awal tahun 60-an dan ditadbir oleh Badan Waqaf Tawau merupakan contoh konsep waqaf menyumbang kemaslahatan ummah.

“Statistik terkini mengenai kedudukan waqaf boleh didapati melalui Warta Kerajaan No.118 bertarik 9 Jun 2016 dan pengemaskinian data ini juga akan dibuat dari semasa ke semasa,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan