Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Institusi TYT menjamin kesepaduan dalam kepelbagaian etnik di Sabah

11:58am 19/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 10 views Kota Kinabalu,Tempatan

 

JUHAR (paling kiri) memotong riben simbolik perasmian Pameran Khas "Dirgahayu Tuan Yang Terutama".

TUN Juhar (kiri) memotong riben simbolik perasmian Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama”.

KOTA KINABALU- Institusi Tuan Yang Terutama (TYT), Yang Di-Pertua Negeri Sabah menjamin kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Sabah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Yang Di-Pertua Negeri merupakan institusi yang menjadi penyatu masyarakat berbilang suku kaum, kepercayaan dan adat resam di negeri ini.

Menurutnya, jaminan itu bukan hanya dinikmati oleh rakyat malah membantu industri pelancongan untuk terus berdaya saing dan menyumbang kepada pendapatan negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pameran Khas “Dirgahayu Tuan Yang Terutama” bersempena dengan Hari Jadi Rasmi Ke-63 TYT di Muzium Tamadun Islam, kelmarin.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Pembantunya, Datuk Kamarlin Ombi.

Tambahnya, pameran kali ini menyajikan pelbagai program dan aktiviti TYT yang membabitkan acara-acara sosial seperti aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan,Hari Malaysia, Majlis Bersama Anak-Anak Yatim dan Program Sambutan Hari Raya.

“Pameran khas seumpama ini diadakan sesuai dengan salah satu fungsi dan peranan Institusi TYT sebagai simbol perpaduan negeri Sabah.

“Saya menyeru kepada masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah berkunjung ke pameran ini kerana generasi muda merupakan tonggak dan pemimpin masa depan kita.

“Oleh itu, mereka perlu diberikan pendedahan dan kefahaman tentang warisan budaya dan sejarah kita,” jelasnya.

Kamarlin turut menyeru masyarakat supaya sama-sama menghargai khazanah warisan kita dan sentiasa proaktif dengan memaklumkan temuan-temuan tapak bersejarah kepada Muzium Sabah untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, saya juga memohon orang ramai yang masih menyimpan barang-barang antik berbentuk pusaka atau sebaliknya, agar berhubung dengan Muzium Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Majlis perasmian pameran khas itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin.

Hadir sama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Johnny Mositun.Penerangan

 

KAMARLIN (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Juhar.

KAMARLIN (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan