Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Institusi OKU di Lahad Datu mula beroperasi Januari 2016

Jainab Ahmad, Datuk Siringan Gubat dan Datuk Radin Maleh sedang berbincang sesuatu sebelum persidangan DUN bermula. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Jainab Ahmad, Datuk Siringan Gubat dan Datuk Radin Maleh sedang berbincang sesuatu sebelum persidangan DUN bermula. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Rumah Sinar Pelangi iaitu sebuah institusi orang kurang upaya (OKU) di Lahad Datu akan mula beroperasi pada Januari tahun depan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, ia berfungsi sebagai institusi yang memberi khidmat penjagaan dan perlindungan kepada OKU berumur 14 tahun dan ke atas.

“Institusi ini telah siap dibina pada 2013 dengan perbelanjaan sebanyak RM4.407 juta dan merupakan institusi OKU dewasa pertama di Sabah di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohammad Yusof Apdal (BN-Lahad Datu) yang bertanyakan bilakah pusat latihan OKu di Lahad Datu mula beroperasi.

Jainab menambah, setakat ini, jumlah OKU yang dikenalpasti untuk ditempatkan di situ adalah seramai 10 orang.

Pada masa ini, katanya, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am sedang dalam proses mendapatkan kelulusan perolehan daripada Kementerian Kewangan bagi kelengkapan institusi serta menunggu pengisian kakitangan sebelum mula beroperasi. Рoleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan