Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

INSTITUSI KEAGAMAAN DIGALAKKAN PROMOSI AMALAN HIDUP SIHAT

Dr Peter(kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang perserta. Gambar SNT/Ehsan Upko Libaran

SANDAKAN: Peranan yang diambil oleh institusi keagamaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui program seperti Pesta Pertarakan amat digalakkan.

Dr. Peter Jr Naintin berkata kerajaan amat prihatin terhadap soal kesejahteraan dan kesihatan rakyat di bandar maupun luar bandar.

Pendekatan Gereja Seventh-day Adventist Wilayah 13 ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan dan beliau mencadangkan agar program seumpama ini dapat dilaksanakan berterusan dengan lebih kerap secara berkala untuk hasil yang lebih optima.

“Badan agama yang amat dekat dengan komuniti dapat memberi kesedaran secara berterusan melalui pelbagai aktiviti,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UPKO Libaran berkata demikian di Majlis Perasmian Pesta Pertarakan anjuran gereja Seventh-day Adventist (SDA) Wilayah 13 melalui Jabatan Pelayanan Kesihatan di Dewan SK Sung Siew di sini.

Dr Peter memalu gong sempena perasmian Hari Pertarakan. Gambar SNT/Ehsan Upko Libaran

Pesta Pertarakan peringkat Wilayah 13 pada tahun ini bertemakan “Sihat, Cergas, Semangat.”

Program ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan memperomosi program kesihatan kepada masyarakat setempat, mempromosi dan menerapkan cara hdup sihat kepada masyarakat melalui pendekatan N.E.W.S.T.A.R.T yang berkonsepkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian serta menjadikan program ini sebagai landasan untuk memperkasakan hubungan silaturahim antara masyarakat Seventh-day Adventist dengan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Di antara agensi kerajaan yang turut serta menjayakan program ini ialah Unit NCD, Klinik Kesihatan Sandakan (kaunter saringan kesihatan secara peruma), Jabatan Farmasi, Hospital Duchess of Kent Sandakan (taklimat & pameran Kenali Ubat Anda), Unit Tabung Darah, Hospital Duchess of Kent Sandakan (Kempen Derma Darah).

Sementara itu, bagi kategori pertandingan inovasi pembentangan poster dimenangi oleh gereja SDA Bandar Letat Jaya dan persembahan Gaya Hidup Sihat dimenangi oleh gereja SDA Peringkat 6 Sandakan.

Kedua-dua pasukan ini akan mewakili gereja SDA Wilayah 13 ke pesta pertarakan peringkat negeri Sabah pada 7-9hb September 2018 ini di Kudat.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan