Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Insan kurang mampu tidak dilupa

 

KENINGAU – Insan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu tidak dilupakan sempena bulan Ramadan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pensiangan, Jehan Osman berkata, mereka yang kurang bernasib baik dan kurang mampu turut mendapat perhatian pelbagai pihak dengan menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk barang makan dan wang tunai.

Katanya, Pemuda bahagian itu tiak ketinggalan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui program Iftar Ramadan yang dilaksanakan di masjid dan surau di kawasan ini.

“Antaranya, Masjid Kampung Tetagas Nabawan, Surau Kuit Lanas Sook, Surau Dua Ria Nabawan dan Surau Kebulu Batu 19 Sook,” katanya kepada media selepas menghadiri Iftar Ramadan di Surau Kampung Kebulu Batu 19, Sook, dekat sini semalam.

Selain sumbangan berbentuk barang makan, Jehan turut menyumbang RM500 kepada tiga buah surau dan satu masjid yang terlibat dalam program itu manakala Ketua UMNO Bahagian, Datuk Abdul Ghani Yassin menderma RM1,000. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan