Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Insan istimewa warisi bakat ayah

10:48am 27/08/2016 Leolerry Lajius 22 views Kota Kinabalu,Tempatan
MANTAP...Gandingan anak beranak ini berjaya menghiburkan para tetamu.-Penerangan

MANTAP…Gandingan anak beranak ini berjaya menghiburkan para tetamu.-Penerangan

KOTA KINABALU :   Ke mana tumpahnya kuah, klau tidak ke nasi… Anak bongsu daripada lima beradik, satu-satunya anak yang terpilih dilahirkan sebagai insan Sindrom Down, Michelle Kenny, 21, pelajar yang tamat belajar di Pendidikan Khas SMK Bahang, Penampang itu mewarisi bakat ayahnya, Patrick Kenny, 50 berasal dari Kobusak, dekat Penampang.
Selain Michelle, abangnya Glen, turut belajar bermain gitar sementara kakaknya juga belajar bermain organ. Minat yang sama dikongsi sekeluarga itulah menjadi faktor yang mendorong Michelle untuk bermain piano.
“Michelle ditunjuk ajar bermain piano sejak di Tadika San Yuk, Luyang, tetapi hanya pada usia 15 tahun baru kami daftarkan dia belajar piano di Rock School, Likas.
“Di sana setahun saja, selepas itu kami berunding dengan gurunya untuk membuat tusyen di rumah. Saya pun membeli ‘uprightn piano’ dengan harga RM 13,000 khusus untuk Michelle.
“Kelas piano itu diadakan seminggu sekali selama 30 minit setiap petang Rabu di rumah oleh guru piano yang mendapat latihan dari United Kingdom.
“Dalam masa lima tahun, syukur kepada Tuhan, kini Michelle sudah boleh bermain piano dengan lebih 20 lagu,” kata Patrick.

 

Ditanya mengenai pembabitan Michelledalam kerja sukarela di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Sindrom Down, beliau menjelaskan hasrat itu lahir dari jiwa Michelle sendiri yang mahu membantu rakan-rakan senasib dengannya.

Michelle ditemui media pada Majlis Perasmian Pusat Pembelajaran Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu (PSDKK) yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun di sini, baru-baru ini.
Pada majlis itu, selain sebagai penyampai cenderamata kepada tetamu kehormat, Michelle berperanan menghiburkan para tetamu dengan alunan lagu-lagu instrumental gandingan pianonya dan petikan gitar oleh ayahnya.
Azizah yang teruja dengan persembahan tersebut, turut berasa bangga dan menasihatkan para ibu bapa agar memberi peluang serta dorongan kepada apa juga kecenderungan serta minat anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) demi mamastikan kelangsungan masa depan mereka.
“Saya amat teruja dan berbangga dengan bakat Michelle, syabas kepada ibu bapanya. Sikap terbuka para ibu bapa dan keluarga harus menjadi contoh kepada para ibu bapa di luar sana dengan memberi peluang dan galakkan kepada minat anak-anak OKU untuk masa depan mereka.
“Sebagai ibu bapa, kita tidak akan hidup selama-lamanya untuk menjaga mereka. Jadi, kita perlu memberi mereka pengetahuan atau kemahiran tertentu yang boleh mereka lakukan untuk berdikari.
“Di pihak kerajaan, selain Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK yang terdapat di seluruh negara, kita menyambut baik kewujudan Learning Center khusus untuk kanak-kanak Sindrom Down yang diusahakan  oleh badan-badan bukan kerjaan (NGO), apatah lagi ini adalah pusat yang pertama seumpama di Sabah,” jelas Azizah.
Tambah Azizah, sebagai salah satu langkah proaktif bagi mempersiapsiagakan anak-anak down sindrom melangkah ke alam pekerjaan, Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)  juga telah melaksanakan Latihan Asas Kemahiran (pre-Vokasional) untuk golongan remaja Sindrom Down.
Sesungguhnya ini adalah kemajuan yang baik dan kementeriannya akan terus memberi kerjasama kepada PSDM dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan golongan Sindrom Down serta keluarga mereka, katanya.

Dengan adanya sistem sokongan yang bertepatan dengan keperluan mereka dan penerimaan masyarakat yang positif maka usaha kerajaan sepertimana yang ditekankan dalam salah satu teras pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) iaitu untuk memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama akan tercapai./PENERANGAN

Azizah (dua dari kiri) menyaksikan Michelle bermain piano.-Penerangan

Azizah (dua dari kiri) menyaksikan Michelle bermain piano.-Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan