Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Inovasi terhadap ‘Tuhau’ dan ‘Bambangan’ boleh memberikan pulangan yang lumayan- Masidi

7:28pm 07/03/2016 Leolerry Lajius 408 views Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi(kanan) ketika merasmikan SHAFIEX’16.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi(kanan) ketika merasmikan SHAFIEX’16.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Inovasi merupakan perkara yang penting bagi menghasilkan produk yang laris dan mempunyai keistimewaan dengan produk sama yang telah ada dalam pasaran.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, inovasi boleh diaplikasikan dalam pelbagai produk dan sebagai contohnya adalah inovasi terhadap makanan tempatan sabah seperti tuhau dan bambangan.

“Tuhau dan bambangan merupakan makanan trasidisonal yang terkenal di negeri ini dan telah mula menjadi kegemaran orang ramai.

“Inovasi terhadap makanan yang telah mula dihidangkan di hotel lima bintang ini boleh menjadi daya penarik kepada orang ramai yang secara tidak langsung boleh menjana pendapatan,”katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa, seseorang yang baru berkecimpung dalam satu bidang tidak mungkin akan dapat menandingi kebolehan seseorang yang telah telah berpengalaman tetapi melalui inovasi tidak mustahil orang baru akan dapat berdiri sama taraf dengan individu yang telah lama dalam bidang tersebut.

“Jangan rasa rendah diri jika kita mempunyai kekurangan berbanding dengan orang lain tetapi kita harus berusaha ke arah mengangkat diri kita agar seangkatan dengan yang lebih baik,”katanya.

Mengulas mengenai kerja dalam bidang perhotelan, beliau berkata bahawa sektor perhotelan merupakan antara yang boleh memberikan pulangan yang lumayan dan dalam masa yang sama beliau juga menyatakan supaya seseorang yang ingin bekerja dalam bidang ini tidak perlu malu di ambil sebagai pencuci piring walaupun telah mempunyai kelulusan diploma.

“Jangan malu walaupun mempunyai diploma tetapi di ambil bekerja untuk mencuci piring kerana apabila seseorang itu dinaikkan pangkat dari seorang pencuci piring kepada seorang pengurus dia akan lebih mengetahui banyak perkara berbanding seseorang yang terus dilantik sebagai pengurus tanpa bermula dari bawah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian penutup ‘Sabah Hospitality Art and Food Innovation Exhibition 2016’(SHAFIEX’16) anjuran Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di Dewan Rafflesia PKK, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan