Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Inovasi dan kreativiti produk dan perkhidmatan berkaitan pelancongan di Semporna perlu dipertingkatkan

6:44pm 18/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 66 views Laporan Sidang DUN,Tempatan

 

nasir-sakaran

KOTA KINABALU- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Dato Sri Hj Nasir Tun Hj Sakaran memohon agar kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah agar menambah baik atau meningkatkan inovasi dan kreativiti produk dan perkhidmatan berkaitan pelancongan di daerah Semporna.

Nasir berkata pihak kementerian perlu mengenalpasti, meneroka dan membimbing masyarakat setempat dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan baru yang lebih berkualiti.

“Saya berharap agar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah khususnya dapat kembali meneliti kesesuaian produk dan prospek pelancongan yang ditawarkan di Semporna untuk diberi penambahbaikan,”katanya ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan, di Dewan Undangan Negeri, disini, hari ini.

Beliau berkata perhatian terlalu mengkhusus kepada perlindungan keselamatan sehingga melupakan keperluan meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan berkaitan perlancongan.

“Tidak dinafikan bahawa sebelum kes penculikan di Pulau Ligitan pada 1 April yang lalu, wujud keyakinan semula para pelancongan mengenai keselamatan di Pantai Timur Sabah, khususnya di Semporna.

“Namun demikian, dari pandangan kasar, perkembangan berkaitan dengan kedatangan pelancong ini tidaklah begitu ketara dan kawasan yang mereka lawati adalah tidak menyeluruh seperti sebelumnya.

Tambahnya, pihak kementerian juga perlu mengambil tahu mengenai peranan syarikat-syarikat swasta untuk turut sama melibatkan pengusaha tempatan dalam industri pelancongan melalui pelbagai khidmat sokongan.

“Dengan kata lain, wujud kemungkinan bahawa kedatangan para pelancong itu adalah sebenarnya atas usaha lansung syarikat-syarikat pelancongan swasta dan bukannya program bersepadu daripada Kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya,”ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memohon agar kerajaan negeri dapat memberi perhatian kepada isu penempatan mangsa-mangsa kebakaran melibatkan lebih kurang 2,000 orang mangsa di Kg. Bangau- Bangau, Kg. Simunul dan Kg. Mesra di Semporna.

Terdahulu, mangsa-mangsa kebakaran itu dimaklumkan bahawa mereka akan ditempatkan di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) empat tingkat yang dibina di Jalan Kabongan, Semporna.

“Namun, proses pembinaan pembangunan rumah PPR ini kelihatan seperti sangat perlahan dana ada masanya tidak terdapat sebarang kerja dilakukan di kawasan ini,”katanya. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan