Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Inisiatif syarikat swasta, persendirian galak persaingan sihat

Tawfiq (empat dari kanan) memotong riben tanda perasmian Majlis Perasmian Sang Guan Oil Mill milik Kumpulan Segalong. - foto Masani Sandan
Tawfiq (empat dari kanan) memotong riben tanda perasmian Majlis Perasmian Sang Guan Oil Mill milik Kumpulan Segalong. – foto Masani Sandan

TAWAU – Kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif pihak swasta atau syarikat milik persendirian yang berhasrat mewujudkan lebih banyak kilang kelapa sawit di negeri ini bagi menggalakkan persaingan sihat.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, persaingan sihat itu akan memberi penawaran harga yang lebih kompetitif serta peningkatan mutu produk, perkhidmatan, kemahiran dan perkembangan teknologi.

“Kewujudan kilang kelapa sawit yang banyak juga memberi manfaat kepada peladang dan pekebun kecil kelapa sawit memilih kilang yang menawarkan harga dan perkhidmatan terbaik,” katanya ketika ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sang Guan Oil Mill milik Kumpulan Segalong, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Kumpulan Segalong, Chung Moi Yin.

Tawfiq berkata, kewujudan lebih banyak kilang kelapa sawit juga akan dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khasnya golongan belia sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk berdekatan.

“Saya percaya dengan wujudnya lebih banyak kilang kelapa sawit juga akan dapat berganding bahu dengan kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi negeri ini khasnya di kawasan Pantai Timur Sabah ini,” ujarnya.

Jelasnya, pada masa ekonomi global yang tidak menentu pengendalian aktiviti ekonomi yang bijak, cermat dan berhemah sangat diperlukan.

Pada majlis itu, syarikat berkenaan turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina (SRJKC) di Kunak dan masing-masing RM20,000 kepada Sekolah Menengah Tinggi Cina Sabah dan Persatuan Bola Keranjang Sabah. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan