Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ini yang terakhir

ANGGOTA polis berkawal berhampiran kafe Starbucks di Jakarta lokasi serangan pengganas pada minggu lalu.
ANGGOTA polis berkawal berhampiran kafe Starbucks di Jakarta lokasi serangan pengganas pada minggu lalu.

Jakarta: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama semalam memberi jaminan tiada lagi kejadian tembakan dan serangan bom seperti serangan pengganas di bandar itu pada minggu lalu berlaku lagi.

Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok juga berikrar tidak akan tunduk dan takut dengan serangan pengganas yang mahu mencetuskan huru-hara di Indonesia.

“Kami tidak akan biarkan satu peluru dan bom pun meledak di Jakarta,” katanya.

Ahok berkata demikian ketika majlis menaikkan bendera bersama panglima Tentera Negara Indonesia, polis dan pasukan keselamatan lain di Silang Monas Jakarta, semalam.

“Kami memegang sumpah dan sebagai pejuang, kami tidak gerun dengan tindakan pengganas.

“Tiada sesiapa pun yang boleh meruntuhkan negara ini,” tegasnya.

Serangan pengganas di Jakarta pada Khamis lalu menyebabkan semua lima penyerang maut dan dua orang awam terbunuh.

Sementara itu, Ahok juga melahirkan rasa kesal dengan sikap orang ramai yang berkerumun di lokasi serangan sehingga mengganggu pihak berkuasa.

“Tindakan ini bukan sahaja mengancam nyawa, tetapi juga menyebabkan pihak berkuasa keliru ketika memburu penyerang.

“Polis yang memburu penyerang juga keliru, mana satu kawan dan mana satu lawan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai harus belajar dari kejadian itu dan tidak lagi berkumpul untuk melihat kejadian jenayah yang berlaku. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan