Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ini wajah pengebom di Nabawi

bom

Riyadh: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan identiti pengebom berani mati berhampiran Masjid Nabawi dikenal pasti Abdullah Waqar Khan, 35, warga Pakistan.

Melalui Twitter rasmi kementerian itu, suspek yang menetap di Jeddah bersama isteri dan keluarga mentua bekerja sebagai pemandu khas sejak 12 tahun lalu.

Dalam kenyataan itu, pasukan keselamatan mengesyaki lelaki yang menuju ke arah Masjid Nabawi dan menggunakan lalulan di kawasan letak kereta pelawat.

“€œApabila mereka cuba menahannya, dia bertindak meletupkan diri dengan tali pinggang letupan,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, serangan maut di Madinah berlaku ketika solat Maghrib selepas umat Islam berbuka puasa.

Dalam tiga serangan berasingan itu, sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas tiga pengebom berani mati melancarkan siri serangan letupan di luar Masjid Nabawi, Masjid Syiah Wilayah Qatif dan berhampiran konsulat Amerika Syarikat, Jeddah. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan