Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Ini perbuatan zalim’

MANGSA simbah asid saling memberikan kata semangat.
MANGSA simbah asid saling memberikan kata semangat.

Kuala Lumpur: “Penjenayah ini sangat zalim dan secara peribadi, saya menganggap ini perbuatan manusia bertopengkan syaitan,” kata Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau ditemui ketika melawat dua sahabat, Nurul Umira Azali, 22, dan Nurfarziana Hussein Hasnor Harry, 22, yang menjadi mangsa simbah cuka getah oleh seorang penunggang motosikal di kediaman mereka, semalam.

Azizah berkata, kedua-dua gadis berkenaan ‘gelap’ masa depan selepas wajah dan badan cedera teruk akibat terkena simbahan cuka getah.

“Tidak sangka mereka perlu berdepan dengan keadaan ini seumur hidup, perbuatan ini begitu zalim sekali.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kedua-dua mereka sangat kuat dan tabah, malah bersikap pemaaf kepada pelaku berkenaan selain menganggap ada hikmah di sebalik kejadian ini,” katanya. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan