Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ini Hikmah al-Quran Yang Boleh Di Pelajari Dari Anak 6 Tahun

10:10am 14/04/2016 Zakir Sayang Sabah 101 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pagi ini, saya terbaca sesuatu dan ayat yang pendek itu buat saya terdiam, ingin menangis. Ia bermula apabila ketika membacanya, tiba-tiba saya teringatkan perbualan dengan seorang sahabat.

Dalam dua minggu lepas, saya bersarapan bersama beliau. Salah seorang kakak yang saya agak rapat di fakulti. Sambil makan, banyak yang diborakkan, antara kegemaran kami ialah soal parenting dan anak-anak.

Satu waktu, ketika dalam kereta untuk bergerak semula ke fakulti, kakak itu bercerita

“Bila ada dua orang anak ni, yang kedua tu mengikut je perangai yang sulung..”

Saya yang masa tu tengah nak start engine kereta mengiyakan kata-katanya,

“A’ah betul kak. Macam anak saya si Aqif tu. Bila kakak dia cakap ‘Subhanallah, cantiknya sun tu..’ dia pun sibuk nak mengikut..

Baru saya nak tiru gaya aqif menyebut subhanallah dengan pelat-pelatnya tu, tiba-tiba kakak tu pegang bahu saya dan terus potong ayat saya dengan soalannya:

“Anak awak sebut apa?”

Saya toleh ke arahnya. Wajahnya berkerut-kerut macam saya baru lepas cakap sesuatu yang mengejutkannya.

‘Sebut apa?’ Saya pula yang ulang soalan beliau dalam hati. Sebab saya pelik, akak ni tanya apa?

“Oh tak, anak saya kalau nampak apa yang dia rasa cantik macam sun ke bulan ke, pokok bunga ke, dia akan cakap subhanallah”

Saya menerangkan semula. Saya fikir itu biasa.

Sekali akak tu jawab,

“Iya? Anak awak macam tu?”

Saya pula yang tertanya-tanya, isk pelik ke? Tapi saya tidak mahu bertanya beliau lebih lanjut kerana takut soalan itu tidak kena.

Bila saya cerita kat suami, suami kata kadang ada perkara yang kita rasa biasa, tapi pada orang lain ia adalah sesuatu yang luar biasa.

Pagi ini, barulah saya tahu betapa besar ertinya. Jawapannya ada pada ayat ini:

Katakanlah: “Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman”.Surah Yunus, ayat 101

Inilah ayat yang saya baca pagi tadi, yang buat saya terdiam sebentar. Bila saya teringatkan kisah perbualan dengan kakak tersebut, saya menjerit dalam hati,

‘Ya Allah, inilah yang anak aku biasa buat’ Allahurabbi, Ya Allah terima kasih ya Allah.

Aku hidup berpuluh tahun, belajar dan pandai mengaji dari kecil, tapi baru sekarang aku bertatih untuk mula merasai kebesaranMu. Utk mula merasai kemanisan dari apa yang Kau ajarkan dari kitab suciMu ini.

Tapi Kau telah mencampakkan rasa kemanisan itu ke dalam hati anakku sejak dia kecil. Belum pun pandai membaca quran sepenuhnya. Dia tak tahu pun ayat Quran yang baru kubaca ini.

Tapi rupanya dia lebih faham apa ertinya.

Dia lebih dahulu amalkan dalam hidupnya, hingga mulut kecilnya begitu mudah memuji kebesaran Mu, hanya dengan melihat apa yang ada di langit dan di bumi.

Subhanallah walhamdulillah.

Tuan-puan, inilah yang buat saya rasa nak menangis. Saya tak kisah jika anak saya tidak sepandai anak orang lain, jika hafazannya juga tidak sebanyak kanak-kanak lain.

Tapi saya syukur kerana dia pandai feel kekuasaan Allah di sebalik apa yang dilihatnya setiap hari. Di langit dan di bumi. Feeling inilah yang akan terus beri kekuatan kepadanya. Bila dia punya masalah dalam hidup, cukup melihat kebesaran Allah di langit dan di bumi sudah dapat memberitahunya,

‘It’s ok. I have Allah who loves me. Allah, yang sangat Hebat. and if He can create this awesome sun, He can solve any of my problem’

Inilah yang saya kejar dan ingin terus tanamkan dalam diri anak-anak. Kekuatan dalaman yang harganya lebih mahal dari deretan A pada SPM. Yang hikmah dan kemanisannya tidak ada pada buku-buku rujukan subjek Agama Islam yang kini fungsinya hanyalah untuk ‘bagaimana menjawab soalan SPM supaya dapat A dalam subjek agama Islam’.

Tapi biarlah ia satu feeling yang datang dari dalam hatinya. Kekuatan yang datang dari cinta dan keyakinanNya kepada Allah, Tuhannya.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Siti Ujila)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan