Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Ini Cara Kita’

SAPULUT: Seramai 33 orang ketua isi rumah yang berdaftar dengan e-Kasih dipilih sebagai penghuni rumah Mini Estet Sejahtra (MESEJ) Kampung Labang Sapulut, Nabawan.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada lebih 2500 orang ketua isi rumah yang dipilih mendiami 52 buah MESEJ di seluruh Negeri Sabah.

Berucap ketika majlis perasmian MESEJ berkenaan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, penubuhan MESEJ merupakan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin tegar agar mampu meningkatkan sumber ekonomi mereka.

“Melalui MESEJ ini, kemudahan asas seperti air, elektrik dan rumah juga turut disediakan di samping memberi peluang kepada penduduk untuk memperoleh pendapatan tetap setiap bulan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk miskin tegar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Mini Estet Sejahtra Kampung Labang, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa program turun padang merupakan satu platform yang berkesan untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
“Ini cara kita, dengan aktiviti turun padang kita akan dapat melihat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.”

“Pada hari ini saya bersama menteri kabinet yang lain telah melawat ke Pagalungan dan turut mendengar taklimat di SMK Sapulut sebelum ke majlis perasmian MESEJ ini,”katanya.

Ketika membuat kunjungan ke Pagalungan Musa turut menyerahkan Geran Komunal melibatkan tanah seluas 8600 ekar dengan seramai 339 orang penerima.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa menyampaikan replika kunci kepada Ketua Kampung MESEJ Sapitai Ambului.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa menyampaikan replika kunci kepada Ketua Kampung MESEJ Sapitai Ambului.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan