Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,811

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ini Cara Abadikan Foto Di Kad ATM Maybank

11:53am 27/07/2016 Pak Roshan 1261 views Mutakhir,Tips & Kesihatan

maybank

MAYBANK merupakan salah satu ‘jenama bank terbaik’ di negara dan sejak dari kecil lagi, kami sudah mengenalinya Maybank kerana sering mengikut ibu menggeluarkan wang di mesin ATM.

Sesuai dengan gelaran yang diterima, syarikat perbankan itu sentiasa memastikan kepuasan dalam memberi pelbagai faedah kepada pelanggannya.

Terbaharu, selepas memperkenalkan edisi kad debit yang menggunakan logo Superman, pelanggan Maybank kini boleh memohon untuk meletak gambar sendiri pada kad ATM masing-masing.

Pelanggan boleh menggunakan sebarang nilai estetik yang ingin diterapkan seperti gambar bersama keluarga, ketika melancong, gambar kenangan ataupun bersama haiwan kesayangan.

kad-maybank2

Anda bebas memilih gambar yang digemari dan perkara ini juga secara tidak langsung membuatkan pengguna menjadi lebih teruja sewaktu menggunakan di mesin ATM.

Kepada pengguna yang ingin menukar kad lama anda kepada jenis ini, anda boleh mengunjungi ke portal Maybank di sini untuk mendaftar dan kadar bayaran perkhidmatan akan dicaj sebanyak RM25.

Cara-cara memohon adalah seperti berikut :

1. Di Bawah “How to apply?” Tekan “Click here” to apply for Debit Picture Card.

2. Pilih “Accept” di ruangan syarat dan terma.

3. Kemudian tekan ruangan muat naik gambar di “use custom image

4. Selepas selesai muat naik gambar, tekan “finalize

5. Buat pembayaran dan klik “continue

Permohonan akan di proses dalam tempoh tujuh hari dari tempoh pembayaran dan akan dimaklumkan melalui emel jika permohanan berjaya. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Maybank

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan