Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Industri pelancongan Semporna kembali rancak

Datuk Gan Sau Wah (dua kanan) mengagihkan `ang pau' kepada pengunjung sempena majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Bandar Mutiara Resort,Semporna.
Datuk Gan Sau Wah (dua kanan) mengagihkan `ang pau’ kepada pengunjung sempena majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Bandar Mutiara Resort,Semporna.

SEMPORNA – Kehadiran pelancong asing yang kian bertambah kembali merancakkan semula industri pelancong di Semporna, sekaligus membuktikan tahap keselamatan di daerah itu semakin terjamin.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Negeri Sabah, Datuk Gan Sau Wah berkata, kedatangan pelancong dari luar negara tidak putus-putus ke Semporna terutamanya dari China, Taiwan dan Eropah.

“Keadaan kembali seperti biasa adalah disebabkan keyakinan rakyat terhadap pengawalan serta penguatkuasaan keselamatan di perairanan negara ini semakin kukuh,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina, di sini semalam.

Beliau berkata, sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut di daerah itu dirayakan oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dalam keadaan aman dan harmoni tanpa merasa bimbang tentang keselamatan.

Katanya, masyarakat di daerah ini sangat teruja dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini kerana selepas tempoh dua tahun insiden pencerobohan di Tanduo dan Kampung Simunul keadaan kembali pulih seperti biasa. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan