Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Industri pelancongan kekal sebagai industri utama Sabah

Musa (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar sambil diperhatikan oleh Wong Khen Thau (dua dari kiri).-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar sambil diperhatikan oleh Wong Khen Thau (dua dari kiri).-Gambar Oleh Alex Mairin

 

KOTA KINABALU: Industri pelancongan dan hospitaliti kekal sebagai industri utama yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk memperkasakan lagi industri ini agar kekal sebagai sektor yang berdaya maju.

“Industri ini berada dalam proses pemulihan berikutan kejadian penculikan dengan menunjukkan peningkatan jumlah pelancong yang memberangsangkan sebanyak lebih 3.2 juta dengan jumlah pendapatan sebanyak RM6.6 billion.”

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan komitmen ke arah memperkasakan lagi sektor ini dengan menyediakan peruntukan dalam bajet negeri,”katanya ketika berucap sempena majlis Konvokesyen Kolej Pelancongan Antarabangsa Asia (ATI) ke-19, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan terus mempertingkatkan usaha bagi meningkatkan tahap keselamatan di negeri ini, untuk menjamin keselamatan penduduk tempatan dan juga pelancong.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kolej ATI Datuk Seri Wong Khen Thau, Kolej ATI telah memperkenalkan program baharu yang dikenali sebagai ‘School Tourism Outreach Program’ atau STOP bagi memberi peluang dan memupuk konsep budaya pelancongan dalam kalangan masyarakat luar bandar untuk menjadi usahawan dalam bidang pelancongan.

“Program ini membabitkan sekolah menengah di seluruh Sabah yang bertujuan untuk membawa perubahan ekonomi melalui produk pelancongan di daerah masing-masing,”katanya.

Sempena majlis berkenaan seramai 250 orang pelajar Kolej ATI yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma, pra-diploma dan sijil kemahiran dalam pelancongan dan hospitaliti serta pengurusan kulinari telah menerima sijil.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan