Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Industri pelaburan Sabah kian meningkat

Upacara traisi `yee sang' oleh menteri Kabinet negeri. Kelihatan Musa Aman dan Raymond Tanturut serta dalam acara itu sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina Gerakan. - foto JKM
Upacara traisi `yee sang’ oleh menteri Kabinet negeri. Kelihatan Musa Aman dan Raymond Tanturut serta dalam acara itu sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina Gerakan. – foto JKM

KOTA KINABALU – Atas usaha kerajaan negeri dalam menggerakkan sektor perindustrian secara agresif dan berterusan, Sabah kini boleh berbangga apabila mencatat jumlah pelaburan melebihi RM5 juta berbanding Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, jumlah pelaburan itu merupakan bagi tempoh 2013 dan pihaknya yakin Sabah mampu mencatat pertambahan pelaburan setiap tahun dengan sokongan kedudukan dan kestabilan politik negeri itu masa kini.

“Cabaran tugas saya ialah untuk memastikan pembangunan sektor perindustrian di Sabah akan lebih baik berbanding negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan yang dihadiri tetamu kehormat, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, di sini hari ini.

Turut hadir, menteri Kabinet negeri, barisan kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan beberapa orang kenamaan lain.

Raymond berkata, bagi menggalakkan pelaburan di negeri ini terutama di kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Projek Kluster Industri Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu, pihaknya telah melaksanakan beberapa usaha bagi menarik lebih ramai pelabur ke Sabah.

Antaranya ialah, menerbitkan buletin iaitu Sabah Industrial Quaterly (SIQ) yang diedarkan secara cetak dan online menerusi sabahtoday.com.my.

“Projek SIQ ini sudah bermula sejak 2009 lagi sewaktu saya mula menjawat Menteri Pembangunan Perindustrian negeri dan buletin ini telah diedarkan sebanyak 65,000 naskah dan mencecah lebih setengah juta pembaca dalam online.

“Kita menyediakan banyak maklumat berkaitan sektor perindustrian di negeri ini termasuk aktiviti kementerian, polisi kerajaan dan peluang pelaburan, semuanya terdapat dalam buletin ini.

“Bagi saya, info atau maklumat dalan industri kita harus disampaikan dan sasaran kita bukan untuk menjawab pembangkang tetapi untuk memberikan maklumat tepat kepada pelabur-pelabur yang akan datang ke Sabah. Kita telah buat projek ini selama enam tahun,” ujarnya.

Menurutnya, baru-baru ini pihaknya telah mengetengahkan beberapa perkara penting kepada para pelabur termasuk menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji berpatutan dengan peningkatan kos sara hidup khususnya di bandar raya Kota Kinabalu.

Mengikut kajian, katanya, kos sara hidup di bandar raya seperti di Kota Kinabalu memerlukan menimum gaji bagi golongan muda berjumlah RM2,000 hingga RM2,500 bagi menampung keperluan hidup lebih selesa.

“Kalau di Kuala Lumpur RM2,500 tak cukup kalau nak hidup senang, tapi di Kota Kinabalu boleh. Itulah perbezaan kita di Sabah masih lagi boleh mengekalkan kos ini pada tahap lebih baik. Jadi apa yang kita buat di kementerian adalah untuk kepentingan rakyat Sabah.

“Sebab saya adalah anak Sabah, YB dari Sabah dan saya pentingkan Sabah. Saya rasa itu tidak salah. Saya mahu pelaburan perlu dibawa ke Sabah, itu yang kita buat. Ada pihak yang mengatakan pengurusan di Sabah kurang baik.

“Macam mana pula mereka katakan kurang baik sedangkan sebanyak 20 jabatan dan agensi di negeri ini mendapat pengiktirafan penarafan empat bintang daripada Jabatan Audit Negara,” jelasnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan