Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Industri Akuakultur perlu beri tumpuan kepada program R&D- Madius

3:08pm 14/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 27 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

MADIUS memalu gong merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) 2017 yang berlansung selama dua hari bermula hari ini sehingga esok (15 Mac 2017).

KOTA KINABALU: Industri Akuakultur di negara ini perlu memberi tumpuan kepada program penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor itu pada masa-masa akan datang.

Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata pihaknya yakin bahawa industri akuakultur memainkan peranan penting dalam inisiatif keselamatan makanan laut negara.

“Saya gembira bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi keutamaan yang tinggi kepada program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sumber-sumber marin serta memberi kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian persidangan antarabangsa Sains Marin dan Akuakuktur 2017, dekat sini, hari ini.

Menurut Madius, Kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan pengekalan penawaran makanan laut dan permintaan industri akuakultur di negara ini meningkat.

Jelasnya, Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa sektor itu tidak dipinggirkan dalam usaha pembangunan negara ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan menyasarkan untuk menggandakan sumbangan sektor Agro-makanan terhadap Pendapatan Negara Kasar (PNK) dari RM 20.2 bilion pada tahun 2010 kepada RM 49.1 bilion pada tahun 2020, atau peningkatan sebanyak RM 28.9 bilion.

“Untuk makluman, sektor akuakultur kini disenaraikan di antara 16 Projek Permulaan (EPP) Agro- makanan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA),”katanya.

Dalam majlis sama, Madius melancarkan Jurnal Sains Marin dan Akuakultur Borneo yang diterbitkan oleh Institusi Penyelidikan Marin Borneo, UMS.

“Saya difahamkan semua kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan pada persidangan kali ini akan dimasukkan dalam jurnal itu,” kata Madius.

Persidangan selama dua hari yang berlansung bermula hari ini turut dihadiri Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Pengarah Institusi Penyelidikan Marin Borneo UMS, Prof. Dr. Rossita Shapawi, Pengerusi Penganjur program, Assoc. Prof Dr. Julian Ransangan dan Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr. Jamili Nais.

Terdahulu, Madius turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan Universiti Prince of Sonkla. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

LANCAR… Madius (empat dari kiri) melancarkan Jurnal Sains Marin dan Akuakultur Borneo (BJoMSA) sempena Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) 2017, dekat sini, hari ini

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan