Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Indonesia yakin Santoso terbunuh

11:03pm 19/07/2016 Pak Roshan 548 views Global
Anggota polis membawa keluar beg mayat mengandungi mayat Santoso (gambar kanan) setibanya di hospital di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia. - Foto EPA

Anggota polis membawa keluar beg mayat mengandungi mayat Santoso (gambar kanan) setibanya di hospital di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia. – Foto EPA

Jakarta: Indonesia ‘99 peratus yakin’ militan penyokong kuat Negara Islam (IS) paling dikehendaki, Santoso, terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara itu di Sulawesi.

Reuters melaporkan seorang pegawai tinggi kerajaan Indonesia berkata: Sudah sah Santoso mati.

“Ia 99 peratus yakin dan sudah dimaklumkan kepada presiden.”

Pagi tadi, jurucakap presiden, Johan Budi, berkata Santoso dipercayai seorang daripada dua militan yang terbunuh ketika berbalas tembak dengan polis di Sulawesi.

“Seorang yang terbunuh itu menepati rupaa Santoso dan mayatnya sedang dibawa untuk dikenal pasti anggota keluarganya,” katanya.

Santoso dari Pulau Jawa, sudah bertahun diburu pasukan keselamatan Indonesia. Pasukan bersenjatanya menarik penyertaan ramai militan dan Indonesia menggerakkan ribuan tentera dan polis bagi memburunya dalam hutan di kepulauan Sulawesi.

Mac lalu, Amerika Syarikat mengumumkan Santoso yang mengetuai Mujahidin Indonesia Timur (MIT) sebagai ‘pengganas khas’. Pertubuhan itu dikatakan terbabit dalam sejumlah pembunuhan dan penculikan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan